Situs King Slot

Want to feel like royalty 👑? Enjoy exceptional online casino gameplay 🎮? And, with a little luck, celebrate some big wins 🎰?You’ve come to the right place! Reel King™ is the perfect slot for anyone who loves a thrill and casual gaming fun. Prepare yourself for beautifully animated symbols that will put a smile on your face, and plenty of surprises.Moreover, the Reel King™ slot has a jaw-dropping special feature. What is it? Spin the reels and find out for yourself!Reel King™ at a glance: - 5 reels- Up to 20 win lines- WILD symbols (Jokers)- Special Reel King feature- A chance to land winnings of up to 500x your stakeHow can you get gaming? It couldn’t be simpler: Install the game, set up a GameTwist account, and away you go! What’s more, Reel King™ is just one of a host of slot machines offered by GameTwist!

Programu hii huenda ikaruhusu aina hii ya data ikafikiwa na washirika wengine

Maelezo ya fedha, Shughuli za programu na Kifaa au vitambulisho vingine

Taken on January 26, 2013

Bagaimana untuk checkmate King pihak lawan dengan menggunakan buah Queen dan King ?

Posisi asas seperti ini selalu wujud di akhir permainan.

Jika kamu bermain putih, kamu belum lagi menang dengan berbekalkan kelebihan buah catur Queen. Kamu hanya akan diisytiharkan menang jika kamu dapat checkmate King lawan kamu (buah hitam)!

Yang pertama sekali kamu perlu ingat bila posisi ini berlaku ialah putih mesti hadkan pergerakan King hitam. Untuk posisi di atas, pergerakan yang terbaik adalah Qe5!

Pergerakan King hitam kini sudah terbatas dan tidak boleh lagi keluar dari rank-5 dan file- e.

Perlu ditekankan di sini bahawa putih juga boleh check King hitam dengan menggunakan Queen tapi pergerakan check tersebut akan sia-sia dan akan hanya membazir masa sahaja. Ingat! Tujuan utama permainan catur adalah memerangkap King lawan dan checkmate pihak lawan dengan seberapa pantas yang boleh…

Hitam perlu gerakkan King: 1… Kd7

Pergerakan putih diteruskan dengan strategi yang sama iaitu untuk menghadkan pergerakan King lawan. 2. Qf6

Hitam pula enggan menyerah kalah dan terus berusaha untuk mengelakkan kedudukan King berada di hujung papan seberapa lama yang boleh dengan menggerakkan King di 2. … Kc7

Pergerakan seterusnya 3. Qe6 Kb7 4. Qd6,  dan sekarang hitam sudah ‘ketandusan’ petak

Sekarang King hitam hanya boleh bergerak di file-a atau rank-8 sahaja. Putih telah menyempurnakan misinya untuk hadkan pergerakan King lawan.

Untuk contoh di atas, hitam terus bergerak 4. … Kc8

Setelah memerangkap King lawan di hujung papan, kita perlu pastikan King terus berada di situ. Ini dapat dilakukan dengan meletakkan Queen di barisan kedua – jarak 1 rank atau 1 file dari kedudukan King lawan.

Dalam contoh di atas, King hitam telah dipaksa turun ke rank-8. Untuk memastikan King lawan terus terperangkap, putih  mesti gerakkan Queen di rank-7   jadi 5. Qe7 Sekarang King hitam hanya boleh bergerak mundar-mandir di petak c8, b8 dan a8 sahaja.

Buah Queen sahaja tidak boleh checkmate King lawan dengan sendirinya. Ia perlukan bantuan dan kerjasama buah King untuk menamatkan permainan ini.

Pada ketika ini, putih tidak perlu lagi menggerakkan Queen sehingga tiba masanya untuk checkmate pihak lawan.  Sekarang putih hanya perlu gerakkan King menghampiri King lawannya

5. … Kb8 6. Kc4 Kc8 7. Kc5,

Posisi seperti diagram di atas terbentuk, di mana hitam hanya mempunyai 1 pergerakan legal sahaja iaitu 7. … Kb8

Sebelum memulakan checkmate, King hendaklah diletakkan di barisan ketiga – iaitu berjarak 2 rank atau 2 file dari King lawan.  Kedudukan King hendaklah berdepan sesama King atau kedua-dua King berkedudukan L seperti ‘pergerakan Knight’.

Dalam contoh di atas, kedua-dua King telah berada dalam kedudukan ‘knight’s move’ selepas 8. Kb6 Kc8 dan kini tinggal satu pergerakan sahaja lagi untuk checkmate.

Putih menang dengan gerakan 9. Qc7#.

Kalau dilihat, memang nampak mudah saja untuk putih menang tapi hati-hati dengan pergerakan Queen ketika memerangkap King  kerana silap langkah, permainan ini boleh berakhir dengan seri (stalemate).

King berada di penjuru papan catur. Sangat penting! JANGAN letakkan Queen di kedudukan ‘pergerakan Knight’ dengan King lawan yang berada di penjuru. Dalam contoh di atas, Queen digerakkan ke c7 dan King hitam sudah tidak mempunyai ‘legal move’ dan berada dalam kedudukan ‘stalemate’.  Stalemate juga diperolehi jika Queen digerakkan ke b6.

Di sini, Queen dan King putih sama-sama mewujudkan ‘stalemate’ untuk King hitam. Posisi ini boleh dielak dengan cara mengingati kembali salah-satu langkah untuk melakukan checkmate di atas iaitu apabila King lawan berada di hujung papan, Queen hendaklah diletakkan di barisan kedua. Untuk contoh di atas, jika Queen putih berada di kedudukan rank-7, sudah pasti posisi  stalemate seperti di atas dapat dielakkan.